Wednesday, March 31, 2010

ILMU FALSAFAH 1..

assalamualaikum..

kali ini nur nak berkongsi skit tentang definisi falsafah..almaklumlah sekarang ni kita banyak terdedah dengan ilmu yang berbagai2..contohnya ilmu IT, akaun..ape salahnye kita tambahkan info kita dengan menimba sedikit ilmu tentang falsafah ini...

mula2 kena ada definisi dululah kan...orang kata tak kenal maka tak cinta..tak gitu???
ok..
perkataan falsafah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein yang bermaksud 'menyintai' dan sophos yang bermaksud 'hikmah'. oleh itu falsafah bermaksud 'kecintaan terhadap hikmah' dan ahli falsafah bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'.
daripada etimologi ini, terdapat dua perkara utama yang menarik. pertama, kemungkinan menyintai sesuatu walaupun tanpa memilikinya. cinta di sini melibatkan keinginan atau ingin memiliki. oleh itu, menjadi seorang ahli falsafah ialah menjadi seorang individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom) walaupun tidaj semestinya berjaya memilikinya.
Kedua, hikamah digunakan dalam konteks aktiviti intelektual dalam apa jua bidang ilmu, pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan sikap yang membawa kebahagiaan( earle 1992,2).
Harun Hadiwojono (1980,7) mengulas etimologi falsafah di atas sebagai bermaksud suatu bentuk 'himbauan kepada kebijaksanaan' oleh seorang ahli falsafah yang sentiasa aktif mencari kebijaksanaan yang belum diraih. dengan kata lain, kebijaksanaan atau hikmah adalah pengertian dan pencarian utama kepada falsafah.

Dengan demikian, dalam masyarakat Yunani, seseorang yang memiliki kebijaksanaan dianggap sebagi individu yang mempunyai kemampuan yang melangkaui manusia biasa. menyedari dirinya memiliki sifat manusia biasa menyebabkan sebahagian daripada penghuni masyarakat tersebut sentiasa mengejar dan mencari hikmah yang tidak pernah selesai.
bersambung...

No comments:

Post a Comment