nur nak berkongsi skitlah...kisahnya tentang seorang ibu..mungkin dah biasa dengar tapi kisah ini lain skit kot..nak tahu lebih lanjut??meh bace cite nih...
Malam itu dia mengaduh kesakitan yang amat sangat..sakit...tuhan sahaja yang tahu..lebam lengannya ditumbuk oleh anak PEREMPUANnya..namun,dia redha..andai itu yang membuatkan anak PEREMPUANnya itu berasa puas..seperti malam2 sebelumnya..ia pantas meleraikan tangisnya pada tuannya..tuhan yang maha Agung..mengadu sebnyak mungkin...
"Ya ALLAH, hamba pasrah..andai inilah jalan yang kau lakarkan buat hambaMU yang rendah lagi hina di sisiMu..kerna hamba tahu tuhan, bahawa ENGKAU tidak pernah menzalimi hamba2MU dengan ujianMU..hamba yakin tuhan, dengan penuh keteguhan hamba terhadap rasulMU serta kewujudanMU, bahawa akan ada rencana yang lebih baik untuk hambaMU ini..hanya hamba berharap Ya Tuhan, kuatkanlah hati hamba ini..agar bisa hamba teguhkan iman ini untuk menghadapi hari2 yang mendatang..aminnn..aminnn.ya rabbal alamin.."
air mata yang terlalu kudus itu merembes keluar..kalau diikutkan hati memang tidak tahan menanggung semua ini.tetapi dia yakin tuhan ada bersamanya..
esoknya, dia menjalani hidupnya seperti biasa..mengharap hari ini akan lebih baik daripada hari semalam..melangkah ke pejabat dengan langkah yang lebih bersemangat kerna dirinya telah mendapat kekuatan daripada tuannya,tuhannya..
"Haslimah, kenapa pekerja awak ni selalu tak datang???asyik mc je..awak tak marah dia ke?? awak sepatutnya tegur anak-anak buah awak, bukan duduk diam sahaja! lain kali saya nak tengok pekerja awak sentiasa datang tepat pada waktunya,faham???!!"..bergetar hatinya mendengar amarah Tuan Razali...
"maaf tuan,insyaALLAH saya akan pastikan perkara ini tidak berulang"..dengan wajah yang menunduk haslimah berlalu ke mejanya. aduhhh..baru sahaja dia membulatkan azamnya untuk bersemangat hari itu, sudah dimarahi oleh bosnya..bukan dirinya tidak menegur pekerja2 yang membuat masalah, lagi2 sudah diberikan notis amaran terhadap mereka. mereka tidak juga mengendahkan amaran oleh Haslimah..
"mentang-mentanglah aku dah tua..apa mereka ingat aku tidak boleh mentadbir unit ini dengan baik??? apalah nasib diriku ni...." haslimah mengenang nasib dirinya yang sering ditimpa ujian dari ALLAH SWT.."Ya ALLAH, kuatkan hati hamba..."
haslimah sedar, inilah hakikat kehidupan yang sebenar. jika hidup itu ALLAH tak isikan dengan nikmat serta ujian dariNYA, sudah pasti hambar rasa hidup ini. manusia akan bosan dengan hidup ini kerana setiap hari2 mereka akan dilalui dengan cara yang sama.malah Haslimah bersyukur kerana dia antara hamba yang diberikan ujian untuk dia lebih mengenal akan hakikat dalam kehidupan ini. alamaklumlah, sudah menjangkau umur 52 tahun ini,memang sepatutnya dia lebih mengenal suratan2 yang akan hadir di dunia ini..
Petang itu Haslimah pulang ke rumah seperti biasa..sepanjang perjalanan ke rumahnya yang mengambil masa setengah jam untuk sampai, dia lantas memuhasabahkan diri. meneutralkan semula dirinya itu..radio IKIM.FM kegemarannya sentiasa dipasang, mendengar bait2 mahmudah dari dj yang bertugas pada petang itu..
pulang sahaja ke rumah Haslimah cuba merehatkan diri..penat seharian bekerja.nasib baik dia sudah solat asar di pejabatnya. tidaklah dia terkejar2 untuk solat di rumah..biasanya kalau ada anak perempuannya yang kini sedang menuntut di sebuah universiti tempatan,anaknya itu akan menyediakan air,menyambut kepulangannya..tapi,anaknya itu sekarang berada di universitinya..jadi, kalau dahaga pun Haslimah bukan kena ambil sendiri, bahkan dia pula yang harus membuatnya terlebih dahulu..dia yang mempunyai 8 orang anak itu sentiasa bersyukur kerana ada juga anak yang sentiasa mengambil berat akan kebajikannya..munzir, anaknya yang sulung,setiap minggu akan menelefonnya memandangkan munzir sudah mempunyai keluarganya sendiri dan munzir menetap jauh dari ibunya itu..namun, itu sudah cukup memadai untuk meleraikan hibanya ditambah pula anak ke6nya sentiasa berkongsi ilmu dengannya,memberi Haslimah suntikan semangat untuk terus maju dalam hidup.anaknya yang ke6 itu mengambil jurusan usuluddin, jadi Haslimah sentiasa menimba ilmu daripada anaknya itu.dia tidak malu untuk mempelajari ilmu2 agama daripada anaknya hatta tentang solat sekalipun malah dia lebih senang untuk bertanya mengenai urusan2 yang agak sulit tentang wanita. Mengenangkan mereka cukup membuatkan Haslimah bahagia.bukan dia mahu membeza-bezakan anak-anaknya, namun mereka berdua sentiasa berlaku baik terhadap dirinya..cuba dia sentiasa doakan untuk anak2nya yang lain agar terbuka pintu hati mereka untuk bersikap lembut dengannya kerana dia pasti bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu...bersambung..huuhuu..tunggu ye..
Keluarga Bahagia.
16 years ago

No comments:
Post a Comment