assalamualaikum..
mari kita ikuti cerita yang selanjutnya..
"mak!! mane duit kat atas meja kat ruang tamu tu????" terkejut dibuatnya..fauzi,anak yang ke4 tiba2 datang menyerangnye tanpa sebab..
"mana mak tahu, mak baru balik kerja ni"..Haslimah cuba membela dirinya..sungguh fauzi berkelakuan kurang ajar terhadapnya..dia yang tidak tahu apa2 ditengking oleh Fauzi. kecil hatinya..pilu diperlakukan oleh anaknya itu..
"apa yang mak tau???..eeee..bodoh betooooooolllllllllll!!!!!!!!!...sambil menyepak kerusi kayu yang berada di ruang tamu itu..terkejut Haslimah..sungguh biadap si Fauzi ini..sungguh tega fauzi menghamburkan kata kesat kepadanya????..hanya tuhan sahaja yang tahu akan hati ini..selama ini, ketika suaminya ada, anak-anaknya tidak berani memperlakukan sedemikian malah ditatang Haslimah dengan begitu baik..namun,semenjak suaminya meninggal dunia kira-kira 10 tahun yang lalu akibat luka pada usus, tingkah laku anak-anaknya semakin hari semakin berubah. berubah menjadi anak-anak yang liar.. semakin berani memberontak..menitis juga air mata Haslimah petang itu..siapa tak sedih..kalau dahulu merekalah berlumba-lumba membuat kebaikan kepada dirinya,namun sekarang???...
"kringgggggggggg!!!!kringggggggggg!!!kringggggggg!!!!!!!!"..telefon rumahnya berbunyi..fauzi yang mendengar telefon berbunyi hanya berlalu sahaja pergi dari situ..Haslimah yang melihat kelakuan anaknya itu bergegas menjawab panggilan tersebut..
"assalamualaikum makkk...apa khabar,sihat??"..aduh..anakku..reda sedikit rasa pilu di hatinya. Suara itu amat dirinduinya. agak lama aisyah,anaknya itu tidak menelefonnya,mungkin sibuk barangkali..
"waalaikumsalam..mak sihat..alhamdulillah..kamu macam mane kat sane?duit ade lagi ke tak?" risau benar Haslimah pada anaknye yang seorang ni.mana taknya, anaknya itu sentiasa sibuk dengan aktiviti persatuannya,takut2 anaknya itu mengabaikan urusan diri sendiri.
"alhamdulillah mak,mak jangan risaukan aisyah..mak tu..ok ke kat sana??tak de masalah ape2??" pada aisyah selama ini dia mengadu segala kekusutan yang melandanya.bukan niat dihatinya ingin membebankan aisyah,tetapi aisyahlah selalu memberinya semangat serta harapan untuk meneruskan kehidupannya selain selalu berdamping dengan tuhannya..
"xde masalah, insyaALLAH..mak ok je.."biarlah kali ini dia sembunyikan rasa hibanya. kesian anaknya itu.mesti dia pun ada masalahnya sendiri.
"mak, mungkin mak senang sekarang atau apa sekali pun perasaan mak sekarang tapi aisyah,insyaALLAH akan doakan kebahagiaan dan ketengan mak dunia dan akhirat, aisyah sayang makkk,aisyah xsanggup dengar mak ade masalah terutama dengan adik2 aisyah..mak kena sabar tau.."luluh hati seorang ibu mendengar ucapan kasih sayang daripada anaknya..sungguh terusik hatinya dengan kata2 sebentar tadi.anaknya itu sentiasa menyenangkannya..moga anaknya itu berjaya..
"terima kasih,insyaALLAH mak tak apa2..baiklah dah lame kmu telefon mak nih,nanti habis pulak kredit kamu, kamu hati2 kat sana.."
baik mak..aisyah pun ade assigment nak buat ni,mak jage diri..assalamualaikum.."
"waalaikumsalam.."klik! diletak gagang telefon..senang hatinya..
***
"mak memang tak sayangkan salmi!!!!!! asyik lebihkan abang ngan aisyah aje..."...petang itu salmi menelefon Haslimah untuk meminta sedikit modal untuk membuka perusahaan sendiri.salmi sekarang ini bekerja di sebuah kedai perkhidmatan spa di kuala lumpur..dia ingin membuka perusahaan spa miliknya sendiri..tetapi seperti biasa, ekonomi yang tidak tetap menyebabkan dia tidak mampu untuk membuka perusahaan tersebut,lantas kepada ibunya itu dia meminta modal untuk dia meneruskan perancangannya..
"jangan cakap macam itu nak, bukan mak tak mahu bagi,tapi salmi sendiri tahu yang mak banyak hutang yang perlu mak langsaikan, moto yang salmi pakai tu tak dilunaskan lagi, perabot yang salmi ambil, tak dibayar lagi, bill telefon salmi pun mak yang kena bayar tiap2 bulan,mane mak nak dapat duit lagi salmi?.."anaknya itu tidak sedarkah yang dia sudah banyak menanggung hutang anaknya itu. hutang dirinya pun hampir tidak mampu dibayarnya..tidakkah anaknya itu mengerti akan kesulitan yang dihadapinya..???gaji tak seberapa tetapi kehendak anak2 banyak..Haslimah cuba menguatkan dirinya..
' wahai anak,andai sahaja kalian semua tahu bahawa aku sentiasa bersusah payah mencari nafkah untuk memelihara hati dan kehendak kalian?.andai sahaja kalian semua tahu aku ini kadang2nya terpaksa berhutang dengan orang lain untuk membeli keperluan kalian?.andai sahaja kalian tahu betapa susah dan sakitnya jiwa malah kudratku berhujan panas untuk mencari rezeki bagi menyara kalian? andai sahaja kalian semua tahu semua itu??aku tidak mahu kalian membalas budiku,tetapi aku mahu kalian menghargaiku sebagai seorang ibu..seorang IBU yang telah bersusah payah menahan derita selama kalian berada dalam kandunganku..yang terpaksa membawa kandungan ini ke mana sahaja aku pergi,tanpa ada keluh kesah..
wahai anak, aku rela berlapar kerana mahu membelikan kalian baju yang baharu, aku sanggup dahaga semata ingin melihat kalian kekenyangan,namun apakah kalian semua tidak nampak??atau pura2 buta...inilah namanya anak..yang sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya sanggup mencalarkan hati kecil seorang ibu'...monolognya hatinya sendirian...sedih..
"mak ni, kalau tak nak tolong tak payahlah nak mengungkit..memang mak dah tak sayangkan anak mak nih..!!" bentak salmi lalu memutuskan talian..
'sakit ya ALLAH....kuatkanlah hati hamba ini tuhan...hamba cuba menjadi ibu yang baik..tetapi hamba gagal ya ALLAH..luruskanlah hamba ke jalanMU tuhan..moga akan ada sinar kebahagiaan bagi hamba dunia dan akhirat.'....tamat...
andai kita anaknya si Haslimah,adakah tegar kita melakukan sedemikian rupa...sanggup kita biarkan ibu kita kesakitan disebabkan tangan kita sendiri??layakkah kita berpelakuan sebegitu??
rakan2,renung2kanlah...andai pernah kita berkasar terhadap ibu kita..mohonlah ampun..mintalah maaf daripadanya..sebelum terlambat..sebelum kita diCOP sebagai anak derhaka..moga2 kita terhindar daripada kalangan ini..insyaALLAH..
Keluarga Bahagia.
16 years ago

No comments:
Post a Comment