assalamualaikum..
sambungan definisi falsafah..
dari segi sejarah, pengasas kepada pemikiran Phytagorean, Phytagoras (580-500 s.m.) adalah orang pertama menggunakan perkataan tersebut dan beliau sendiri dikenali sebagai wise man oleh masyarakat Yunani.
Phytagoras menjadikan falsafah sebagai suatu cara hidup dan asas dalam melatih generasi muda Yunani untuk menjadi manusia yang betul-betul berfalsafah. beliau menggabungkan bidang 'perubatan untuk menyucikan badan dengan bidang muzik untuk menyucikan roh'. khusus dalam bidang perubatan, Phytagoras memberi perhatian utama kepada pemakanan dan keserasian terhadap beberapa jenis makanan dan minuman. beliau juga menekankan latihan mental yang mengutamakan latihan membangunkan minda. antara aktiviti yang perlu diikuti oleh muridnya ialah mengingati semula apa yang dibuat atau diperkatakan pada setiap pagi sebelum kuliyah bermula (luce 1992,34).
mereka juga diajar pelajaran agama dan peraturan supaya dapat hidup berdasarkan undang-undang alam. apa yang ditekankan oleh Phytagoras ialah pencarian hikmah dan bukan pencapaian hikmah atau ilmu. Phytagoras menyatakan bahawa hikmah pada dirinya bermaksud mengetahui yang dirinya jahil. oleh itu, dirinya tidak sepatutnya dipanggil sebagai wise man tetapi sebagai "pecinta hikmah" (Ewing 1968,13).
walaupun Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapan ahli falsafah atau falsafah hanya menjadi lebih bermakna setelah dipopularkan oleh dua ahli falsafah Yunani terkenal, Plato (427-347 s.m.) dan Aristotle ( 384-322 s.m.).
secara umum Plato mendefinisikan falsafah sebagai kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. secara khusus beliau mendefinisikan falsafah sebagai suatu keadaan atau suasana seseorang itu berusaha mendapatkan hikmah sebagai hasil daripada beberapa tahun pendidikannya dalam 'dialektika'. apabila terhasilnya hikmah, mereka akan dapat menanggapi atau mengenali 'kebenaran' atau 'hakikat' dan memperoleh virtue iaitu ilmu bagaimana hendak hidup dengan sebaik-baiknya. bagi beliau, falsafah mesti dikaitkan dengan kajian mengenai hakikat yang tertinggi, suatu prinsip asa bagi semua kewujudan yang melangkaui kepercayaan agama dan sains yang terhasil melalui pengkajian pancaindera dan intelektual.
pengertian falsafah yang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan bahawa falsafah adalah suatu ilmu yang cuba memahami hakikat mengenai ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal,tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. oleh yang demikian,ahli falsafah lebih menumpukan kepada maksud sebenar, logik, penilaian dan penafsiran terhadap fenomena atau fakta mengenai alam.
manakala ahli falsafah islam, al-Kindi(185/801-260/873) pula mengistilahkan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat (juga diidentifikasikan dengan tuhan ) sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. beliau juga menjelaskan bahawa dari aspek ilmu,seseorang ahli falsafah berusaha mencapai kebenaran, manakala dari aspek pengamalan, ia berkelakuan berdasarkan kebenaran (el-Ehwany 1963,jil:424).
bagi al-farabi pula,( 339 h/950 m), falsafah adalah 'cintakan kebijaksanaan atau hikmah' dan ia merupakan pokok bagi segala ilmu. oleh yang demikian, pada pandangan beliau ahli falsafah adalah mereka yang mengorbankan daya usaha dan cita-cita hidupnya untuk menyelidiki hakikat alam. sebagai seorang ahli falsafah islam, al-Farabi juga mendefinisikan hikmah sebagai makrifatullah..
berbanding dengan para saintis yang menumpu kepada fakta yang tepat terhadap fenomena yang berlaku di dunia,ahli falsafah lebih menumpukan kepada maksud sebenar, logik, penilaian, dan pentafsiran terhadap fenomena atau fakta mengenai alam..
seorang ahli falsafah moden british, Rusell (1872-1970) menyimpulkan falsafah sebagai suatu ilmu yang terletak antara teologi dan sains...
walaupun Rusell cuba menyamakan falsafah dengan teologi dari aspek tanggapan yang berdasarkan spekulasi atau pendekatan rasional, kedua-dua ilmu ini menumpukan bidang yang berlainan.teologi lebih bertumpu kepada pesoalan ketuhanan secara khusus dan membicarakan persoalan keimanan dan kepercayaan, perkaitan antara akal dan wahyu serta mencari alasan yang mendorong seseorang mempercayai wujudnya tuhan. sebaliknya falsafah mempunyai bidang kajian yang lebih umum seperti mengkaji agama secara saintifik dengan mentafsirkan fenomena agama secara intelektual dan logik; menolak sebarang bentuk kepercayaan bersifat dogmatik dan tahyul dalam ajaran agama, mengemukakan kajian secara kritis terhadap keimanan individu serta cuba menguji alasan kepercayaan agama seseorang..
Keluarga Bahagia.
16 years ago

No comments:
Post a Comment