Tuesday, April 6, 2010

SEDARLAH!!

assalamualaikum...

coretan kali ini adalah dari hati nur sendiri yang yang sentiasa melakukan kesalahan..

adakah kita sendiri sedar bahawa tuhan itu tidak pernah membebankan hamba2NYA wlu kadg2 kita rasa kita lemah menghadapi sesuatu ujiannya. DIA yang menciptakan langit dan bumi ini tanpa kebarang kecacatan semata2 untuk kepuasan hamba2NYA..alangkah beruntungnya kita..hidup dalam keadaan yang sememangnya ALLAH letakkan di tempat yang kita rasakan terbaik..di bumi..kalau ALLAH letakkan kita di planet pluto, bagaimana rasanya? tentu lain rasanya bukan?..jadi sepatutnya kita bersyukur..
mengenai ujian yang dihadapkan kepada kita, sepatutnya kita juga bersyukur kerana hakikatnya ALLAH memandang kita daripada yang lain..orang lain ALLAH tak berikan mereka ujian seperti kita yang kadang2 kita rasakan kitalah manusia yang paling berat ujianNYA. bersyukur serta sentiasa menghadapkan muka kita ini pada ALLAH AZA WAJALLA merupakan jalan yang terbaik...sesungguhnya DIA amat merindui rintihan hamba-hambanya..kita singkapi sirah rasul, bagaimana baginda sentiasa berserah pada ALLAH sebagai tuan dan tuhannya..sehingga baginda yang sudah maksum itu, sentiasa taqashsyuf pada dunia ini serta zuhud dan sentiasa merendah diri..dan baginda sentiasa beribadat untuk mengucapkan rasa syukurnya kepada tuhan kita serta sentiasa mengadu kepadaNYA..alangkah indahnya peribada rasulullah s.a.w. .
kita sebagai umatnya perlu mencontohinya walaupun kita sedar yang diri kita ini tak mungkin akan sehebat baginda s.a.w. dan jadikan diri baginda sebagai tauladan dan ikutan untuk diri kita..

tapi kadang2 kita lupa..maklumlah syaitan ada di mana2 sahaja yang akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan kemungkaran.tapi bagaiman kita menghadapi keadaan ini untuk melepasi hasutan daripada syaitan yang membezakan iman kita..andai kita sedar,kurangnya iman kita ini cubalah kita 'memujuk' diri kita untuk menambahkan ibadah supaya ia menjadi pelindung kepada diri kita dan seterusnya menjadi diri kita yang lebih kuat..hakikatnya muslim yang kuat itu lebih baik daripada muslim yang lemah..
kadang2 juga kita akan rasa rendah diri akan kelemahan kita ini..jngan jadikan ini satu kelemahan kerana sebagai manusia kita sentiasa akan melakukan kesalahan..hatta golongan2 terdahulu yang lebih sikah daripada kita pun ada melakukan kesilapan..nama pun annas..yang mudah lupa..akibat mudah lupalah kita sentiasa melakukan kesilapan serta kesalahan dan yang pastinya, ALLAH membuka ruang kepada kita untuk lebih banyak bertaubat kepadaNYA.. tidakkah itu satu peluang untuk kita selalu dekat pada ALLAH.??
yela..manusia ini,bila dia sedar barulah dia hendak membuka alquran, mula bersedekah dan berbagai lagi..cuba kita sentiasa sedar yang kita ini sering melakukan kesilapan, pasti kita juga sering mengabdikan diri kepada ALLAH SWT untuk sentiasa memohon taubat daripadaNYA..secara tidak langsung kita akan lebih selesa beribadat daripada mengejar erti duniawi..betul tak???
begitulah apabila hidup kita ini rasa bertuhan..kita akan pasakkan seluruh jiwa raga kita untuk 'menghuni' ibadah2 yang rasul kita ajarkan..kita akan serahkan seluruh jiwa raga kita pada takdir iradat ALLAH kerna kita tahu DIAlah sebaik2 perencana...jadi.. nur harap, nur dan sahabat2 akan melewati hidup ini dengan penuh keberkatan daripada ALLAH SWT atas amalan2 yang kita pasakkan untuk tuhan kita..doakan islam, orang islam khususnya berada di bawah lindungan rahmahNYA..Doakan seluruh orang islam sedar daripada lamunan yang kita sendiri cipta yang semakin jauh dari tuhan kita..dan yang pentingnya, hidup berlandaskan syariat islam akan menyucikan hati kita dan menjauhi laranganNYA..insyaALLAH..AMINNNN...

No comments:

Post a Comment