Thursday, April 15, 2010

sejarah singkat teori evolusi

assalamualaikum...
baru selesai baca buku tentang teori evolusi..best bukunya..nur berkongsi cerita dengan seorang kawan yang ambil stpm kos sains..dia gak ada kata yang dia blaja teori ni..dan atas permintaan dia nur kongsi sedikit tentang sejarah singkat teori evolusi ni..insyaALLAH...

pemikiran evolusionis ini muncul sama zaman dengan keyakinan dogmatis yang berusaha keras mengingkari penciptaan. Majoriti pakar falsafah penganut pagan pada zaman Yunani purba mempertahankan gagasan evolusi.

teori evolusi merupakan satu falsafah materialistik yang muncul bersamaan dengan kebangkitan falsafah-falsafah materialistik purba. kemudian mnyebar luas pada abad ke-19.
kerana menolak penciptaan, pandangan ini menyatakan bahawa segala sesuatu, hidup ataupun tidak hidup, muncul bukan melalui penciptaan tetapi dari sebuah peristiwa kebetulan yang kemudian mencapai kondisi teratur. tetapi, akal manusia terstruktur sehingga mampu memahami kewujudan sebuah kehendak yang mengatur di mana pun beliau menemui keteraturan. falsafah materialistik yang bertentangan dengan karakteristik paling mendasar akal manusia ni, munculkan 'teori evolusi' pada pertengahan abad ke-19.
orang yang mengemukakan teori evolusi sebagaimana yang dipertahankan masa kini, ialah seorang naturalis amatur dari Britain, Charles Robert Darwin. Darwin tidak pernah mengenyam pendidikan formal di bidang biologi. beliau hanya memiliki tarikan amatur pada alam dan makhluk hidup.
minat tersebut mendorongnya bergabung secara sukarela dalam ekspidisi pelayaran dengan sebuah kapal bernama H.M.S. Beagle, yang berangkat dari Britain(1832) dan mengharungi pelbagai belahan dunia selama 5 tahun.
darwin sangat takjub tengok beragam spesies makhlik hidup, terutama jenis-jenis burung finch tertentu di kepulauan Galapagos. beliau merasakan bahawa asala usul kehidupan dan spesies berdasar pada konsep 'adaptasi terhadap lingkungan'.
menurut darwin, aneka spesies makhluk hidup tidak diciptakan secara terpisah oleh tuhan, tetapi berasal dari nenek moyang yang sama dan menjadi berbeza satu dengan yang lain akibat kondisi alam. hipotesis Darwin tidak berdasarkan penemuan atau pengkajian ilmiah apa pun, tetapi kemudian beliau menjadikannya sebuah teori monumental berkat sokongan dan dorongan para pakar biologi materialis terkenal pada masa itu...
gagasannya menyatakan bahawa individu-individu yang beradaptasi pada habitat mereka dengan cara terbaik, akan menurunkan sifat-sifat mereka kepada generasi berikutnya. sifat-sifat yang menguntungkan ni lama-kelamaan terakumulasi dan mengubah suatu individu menjadi spesies yang sama sekali berbeza dengan nenek moyangnya. menurut Darwin, manusia adalah hasil paling maju dari makanisme ni...(aduh..pening dgn Darwin ni...)
Darwin menamakan proses ini 'evolusi melalui pilihan alam'. beliau menyangka telah menemui 'asal usul spesies': suatu spesies berasal dari spesies yang lain. beliau menghebahkan pandangannya ini dalam bukunya yang berjudul 'the origin of species, by means of natural selection' (1859).
Darwin sedar bahawa teorinya menghadapi bnyak masalah. beliau mengakui ini dalam bukunya pada bab "difficulties of the theory". kesukaran-kesukaran ini terutama pada catatan fosil dan organ-organ rumit makhluk hidup yang tidak mungkin dijelaskan dengan konsep kebetulan, dan naluri makhluk hidup.
Darwin berharap kesukaran-kesukaran ini akan teratasi oleh penemuan-penemuan baru, tetapi bagaimanapun beliau tetap mengajukan sejumlah penjelasan yang sangat tidak memadai untuk sebahasian kesukaran tersebut. seorang pakar fizik Amerika, Lipson, mengkritik 'kesukara-kesukaran' Darwin tersebut.
ketika menyusun teorinya, Darwin terkesan oleh seorang pakar biologi evolusionis sebelumnya, terutama pakar biologi perancis, Lamarck. menurut Lamarck, makhluk hidup mewariskan ciri-ciri yang mereka dapatkan selama hidupnya dari satu generasi ke satu generasi ,sehingga terjadilah evolusi.
sebagai contoh, zirafah berevolusi dari binatang yang menyerupai antelop. perubahan itu terjadi dengan memanjangkan leher mereka sedikit demi sedikit dari generasi ke generasi ketika berusaha menjangkau dahan yang lebih tinggi untuk memperoleh makanan. Darwin menggunakan hipotesis Lamarck tentang 'pewarisan sifat-sifat yang diperoleh' sebagai faktor penyebab makhluk hidup berevolusi.
ketika Darwin mengajukan asumsinya, disiplin-disiplin ilmu genetik, mikrobiologi, dan biokimia belum ada. seandainya ilmu-ilmu ini ditemukan sebelum Darwin mengajukan teorinya, beliau akan dengan mudahnya menyedari bahawa teorinya benar-benar tidak berilmiah dan tidak akan berupaya mengemukakan pernyataan-pernyataan tanpa makna..
maklumat yang menentukan spesies terdapat dalam egen dan tidak mungkin pilihan alam memproduksi spesies baru melalui perubahan gen. begitu juga, dunia ilmu pengetahuan pada ketika itu hanya memiliki pemahaman yang dangkal dan kasar tentang sturktur dan fungsi sel.
kija Darwin memiliki kesempatan mengamati sel dengan menggunakan elektron, dia mungkin akan menyaksikan kerumitan dan struktur yang luar biasa dalam bahagian-bahagian kecil sel. dia akan menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bahawa tidak mungkin sistem yang demikian dan kompleks terjadi melalui variasi minor.
jika beliau mengenal biomatematik, maka dia akan menyedari bahawa jangankan keseluruhan sel, bahkan sebuah molekul protien sahaja, tidak mungkin muncul secara kebetulan.
walaubagaimanapun, neo-Darwinisme masih menjadi model yang terlintas dalam fikiran ketika evolusi menjadi pokok perbincangan dewasa ini.
dewasa ini, puluhan ribu ilmuwan di seluruh dunia, terutama di Amerika Syarikat dan eropah, menolak teori evolusi dan telah menerbitkan banyak buku tentang ketidakbenaran teori tersebut..
( jadi..renung-renungkan supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa Darwin ni..pikir dulu sebelum buat..ok??..wallahu a'lam...)

No comments:

Post a Comment